Friday 8 April 2011

Sindrom anak kedua

باسم الله الرحمان الرحيم

Harini tiba tiba teringin nak kupas isu diri sendiri. Kenapa dan mengapa kadang kadang aku berbeza dari adik beradik yang lain. So aku bukak blog yang bercerita pasal psikologi anak nombor dua ni, akuw lew tuw hewhew.
Mula mula skali aku kena cermin diri sekejap.
...
10 minit kemudian
...
Okay dah. Ohhhhh. Pada mata aku lah, aku sangat mendengar kata TETAPI aku sangat senang rebel dalam diam lepastu kuat beremosi. But, is that a good thing or a bad thing? if it's good then alrite lah, but if it's bad? what do i do to change it? Kita manusia takkan lari dari buat silap though kita dah set siap siap setiap hari untuk berubah jadi better than yesterday. jadi harini nak lihat jugaklah perangai perangai yang patut aku ubah.

Ini di ambil dari blog iLuvislam.co. Kredit kepada si penulis. hehe

 Sikapnya sukar difahami. Ada kalanya dia mempamerkan sikap degil dan tidak gemar dikongkong. Tidak sekali terlintas di hati ibu dan bapanya untuk membandingkan Farid dengan adik-beradiknya yang lain tetapi perbezaan sikap yang ketara kadang-kala mencetus kemarahan si ibu. Masalah ini tidak sahaja dihadapi oleh pasangan ibu bapa Farid tetapi juga kepada ibu bapa lain di seluruh dunia. Ia dinamakan Sindrom Anak Kedua atau ‘The Second Child Syndrome'. Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Walaupun jarang masyarakat kita memperkatakan mengenai sindrom ini, mungkin kerana kekurangan maklumat atau menyedarinya sebahagian daripada ragam si anak, sedar atau tidak, hakikatnya ia turut membelenggu ketenteraman hidup berkeluarga. Sindrom anak kedua boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mengapakah ia terjadi dan apakah sukar untuk menangani kerenah anak kedua? Kami cuba mengupasnya dengan bertanyakan pendapat pakar dalam bidang berkaitan untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang kepada sindrom ini serta langkah mengatasinya serta pendapat ibu-ibu untuk berkongsi pengalaman mereka. Berlaku kerana kehamilan tak dirancang - Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi " Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik," Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat "Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan. "Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia. "Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan. Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak. Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri. Anak Kedua Lebih Fleksibel - Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. "Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap ‘sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya," jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. Berdikari dan degil Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter. Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak. Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anakanak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.
Bila baca semua ni aku buat kesimpulan yang setiap orang punya keistimewaan tersendiri. Setiap orang juga ada baik buruknya sebab tu kita kena sentiasa kawal diri. Kalau baik jangan baik sangat sampai orang boleh take us for granted. Kalau jahat . . . em jangan lah jahat yang macam sinetron tu. Kalau jahat yang baik takpela. *ada ke jahat yang baik? LOL pandai pandai je buat tafsiran sendiri.

So aku punye semangat, menyenaraikan la ciri ciri anak kedua (ehem,aku) based from article atas.

Positif dulu:
- Fleksibel
- Pandai bawa diri
- Kepercayaan kepada diri yang tinggi (ceyh)
- Mudah mengalah (in a good way)

Negatif kemudian (tehe):
- Sukar difahami
- Degil
- Tak gemar dikongkong
- Cepat terasa
- Gemar buli adik adik di bawahnya

Lepas baca semua ni, aku mula yakin bahawasanya walaupun aku mempunyai sikap negatif, aku juga ada positif. Kalau nak diceritakan satu persatu pun tentang apa yang aku negatif macam dah boleh buat sinetron 1800 episod kot. 

Anyways, setiap manusia tu berbeza beza perangainya mengikut persekitaran dia dibesarkan macam mana, oleh siapa dan macam macam lagi. Jadi sebab tulah bila masuk U kita jumpa macam macam jenis kawan. Oleh sebab dulu kat sekolah menengah dan rendah kawan kawan aku semua perangai angels (haha) sebab aku tak pernah bertukar sekolah dari darjah satu sampai form 5 (sad), bila jumpa kawan yang lain sikit dari kebiasaan aku macam shock gitu. Jadi untuk memahami mereka kenapa they are acting like that, kita cuba faham latar belakang mereka dulu then kita boleh berkawan dengan sesiapapun regardless their personality supaya

'marilah kita hidup tanpa permusuhan'
it's very tiring indeed kan to have someone so called frenemy? let's stop from now on

Wednesday 6 April 2011

wahai hati, kenapa dia?

باسم الله الرحمان الرحيم

I want you to know
one thing.

You know how this is:
if I look
at the crystal moon, at the red branch
of the slow autumn at my window,
if I touch
near the fire
the impalpable ash
or the wrinkled body of the log,
everything carries me to you,
as if everything that exists,
aromas, light, metals,
were little boats
that sail
toward those isles of yours that wait for me.

Well, now,
if little by little you stop loving me
I shall stop loving you little by little.

If suddenly
you forget me
do not look for me,
for I shall already have forgotten you.

If you think it long and mad,
the wind of banners
that passes through my life,
and you decide
to leave me at the shore
of the heart where I have roots,
remember
that on that day,
at that hour,
I shall lift my arms
and my roots will set off
to seek another land.

But
if each day,
each hour,
you feel that you are destined for me
with implacable sweetness,
if each day a flower
climbs up to your lips to seek me,
ah my love, ah my own,
in me all that fire is repeated,
in me nothing is extinguished or forgotten,
my love feeds on your love, beloved,
and as long as you live it will be in your arms
without leaving mine.

Pablo Neruda