Thursday 11 October 2012

aku perlu Dia

aku dapat rasakan yang syaiton dan sekutunya semakin kuat mensasarkan aku dari jalan yang sepatutnya aku lalu.
dan sungguh
ALLAH MAHA BESAR
sentiasa ada
sentiasa sayang
sentiasa mendengar
hati hati hambaNya yang merintih

hidup mati aku

jadi apa sebenarnya yang dunia ni nak daripada aku? 
apa yang dunia ni ada sebenarnya?
sebab aku dah terlalu penat dengan manusia. dan diri sendiri yang masih bodoh hanya ikut nafsu kemudian menyesal dan kemudian ulang lagi benda sama.
apa aku mahu sebenarnya?
dan apa orang mahu dari aku sebenarnya?
drama drama manusia yang lalu dalam hidup aku bagi impak yang maha besar sampai aku penat. penat dengan hidup.
penat dengan semuanya.
penat.
cuma penat.
dan selagi aku belum sampai ajal, penat tu macam takkan hilang.

Thursday 20 September 2012

Kapasiti kecil atau nafsu besar

باسم الله الرحمان الرحيم                                                                      
  Kadang kadang aku terlupa kenapa aku ada di sini. Di depan skrin bercahaya ni. Sehingga  aku terlalut mencari sesuatu yang tak perlu, bayarannya adalah rm 4 jam hari aku terbuang.    Kadang kadang aku terlupa janji manis mulut sendiri untuk berubah lebih baik esok hari. Kononnya janji untuk bangkit awal pagi nak siapkan pekerjaan manusia tapi yang tinggal cuma kepulan asap omong kosong. Yang kemudian disesali  tapi diulangi.   

Monday 12 March 2012

why i deleted my twitter & facebook account

باسم الله الرحمان الرحيم

Makan harini sumpah sedap. sebab orang yang masakkan dan kite duduk tolong tengok ajew hewhew. takde ahh. aku ada kawan yang superb giler bab masak memasak ni. macam alahai kau cakap je nak ape, dia tahu isi kandungan hatta berat bersih bahan bahan yang diperlukan. gehehe. dan dia sangat rajin masak. dia seronok tengok orang macam ni ha masa tengah makan yang dia masak. fokus je hadap pinggan

weeeeeee. happy stomach is happy.


best tahu ada ramai kawan. rasa macam complete. rasa macam you dont need a boyfriend to complete you (THE husband is an exception). 
tetapi, pada suatu hari ahad nan tenang, sewaktu udara sedang nyaman dan angin berhembus hembus di ubun ubun kepalaku, aku terbaca status facebook a friend of mine yang buat hati sanubariku tersentap dan berfikir, 
"Adakah status ini ditujukan buatku? adakah daku orangnya? benarkah?"
tak mahulah sebut apa isi kandungan status tu, malu lah sebab kite terasa angatt.


Tetapi..
nak dijadikan cerita..
rupa rupanya status sentap tu bukan nye dia tuju kat  specific or certain people ke apa. it was just a very random thought of hers yang ditaip menjadi satu status facebook.
she was just freeing her mind, thinking randomly of something without knowing that one might get hurt of her words.


jadi dapat kita lihat disitu, betapalah aku dah berprasangka bughok dekat dia. innocent je dia T.T padahal. aku benci perasaan bila aku ter-berprasangka buruk kat kawan baik sendiri. so end up aku tanya elok elok baru lah tahu keadaan sebenar.
beberapa hari lepastu, aku bukak twitter.
seronok sangat baca tweets orang orang yang buat kite berfikir nih. cam aiman azlan ,adibaah, wardina safiyyah. ramai lagi ah. buat aku rasa rendah dighi ya amatt dan cam kena knock of reality tentang betapa lah knowledge aku cetek amatt. and at the same time buat aku rasa ala ala semangat gituww bila baca tweets dorang. macam ayat seniman. 
tapi oleh sebab twitter ni memang orang tweet tweet dalam 100 kali per minit,
ada gak lah tweet yang merepek yang aku rasa dorang post without thinking. without any justification. yang buat aku terasa. lagi. 
dah lama gak lah aku ada twitter, fb sume ni. sayang gak. banyak guna tapi sayang seribu kali benci
  bende bende ni buat aku jadi lagha. buat aku jadi lupa sekarang pukul berapa. buat aku tersasar dari matlamat nak online cuma 1 hour a day. buat aku sibuk nak upload gambar muka sendiri dalam tersiratnya nak orang komen kita. buat aku jadi suka bergosip siapa yang baru 'in a relationship' siapa yang baru 'single'. buat aku jadi busy sangatt.
puihh. busy kisahkan kisah orang lain sampai kera dihutan disusukan, anak sendiri suruh makan maggi je. gituu.


jadi untuk itu, dengan ini. saya mengisytiharkan bahawasanya saya, pada saat ini telahpun dengan (eh annoying lah kau, stghait to ze pointtt!)


dah buang dah twitter dan pehbuk.
dah takde dah cinta laman muka buku ke rujuk di twitta ke. dah habis. finish. the end dah.


for this is myself trying to mending myself for Allah swt. insya Allah :)



Monday 6 February 2012

and now it's open

باسم الله الرحمان الرحيم

pelik kan bila tiba tiba kita boleh ingat masa lalu macam benda tu baru berlaku semalam. dan pelik juga bila tiba tiba kita boleh pulak lupa langsung something yang pernah jadi as if it never happened. 

i think i am not anymore terikat dengan kenangan tu. sekarang fasa perubahan bermula. fasa untuk bagi peluang pada diri untuk bagi peluang pada orang lain. insya Allah :)

Thursday 26 January 2012

on pins and needles

باسم الله الرحمان الرحيم

dah lama tak typing panjang panjang.okay so when i was on my way to Kelantan, i've been thinking about so many things. about my life. about what i have done through the 20 years of life Allah SWT lend to me. so then i realized that i have never really done something that is significant atau penting atau memberi makna atau terkesan kepada diriku secara positif yakni menjadi orang yang lebih berguna kepada diri sendiri. (ceh diri sendiri je berani cakap, negara bangsa agama semua belum berani sebut sebab diri sendiri pun kelam kabut).

 something yang mencabar. yang membuatkan darah berderau laju, yang kalau toreh kulit pun tak keluar darah sebab darah jadi beku sebab nervous system jadi kejang sebab..okay pendek kata, benda yang mencabar. eh dah sebut tadi. okfine

haritu aku terjumpa satu video bungee jumping kat youtube. wohooooo. that was truly awesome mann! aku pun tiba tiba ter genggam tangan aku lalu meletakkan fist aku di bawah daguku. hoh. mula lah bercita cita tinggi kak tipah, nak main bungee jumping oii.


perasaan aku terbuai buai (apesal terbuai buai doh. bm kau teghok) bila aku bayangkan bungee jumping ni sama macam perasaan nak bunuh diri yang half way, cumanya kau akan kena tarik balik ke atas selepas dah terjun tu. bila pikir macam ni, aku pikir la yang bunuh diri tu memang kerja bodoh lah.nauzubillah. dah lah sakit di hati, bila nak terjun sakit di kepala pikir nak terjun ke dak, bila dah terjun sakit di seluruh badan pulak, pastu sakit malaikat maut tarik nyawa sebelum waktunye sebab kau pandai pandai menempah maut kau sendiri, pastu sakit kat akhirat lagi yang memang umum mengetahui dosa bunuh diri itu bosar dik, bosar.(selingan ceramah siapp)

imagine saat kau nak terjun tu, adrenaline rush. adrenaline rush ni baguih pasai bila adrenaline dirembeskan(haha), akan keluarlah itu dopamine yang bertindak sebagai natural pain killer. dan bila keluar semua benda ni, badan kita mampu buat bende yang bila kita rileks kita tak boleh buat.(obviously) 

suatu perasaan yang unusual itulah aku nak rase. yang trigger myself to do beyond of what i think i am capable of doing. tak semua orang berani bayar mahal mahal semata mata untuk jatuh ke dalam gaung (pemikiran cetek di sini). hihi.

oh down pula rasa hati ini bila sebut pasal bayaran mahal. makan pun nasik goreng student penjimatan hebat rm3.00 ada hati nak pegi bungee jumping beratus tu. T.T


_____________________iklan sebentar bagi mengubati down________________________


oh dann lepastu bila dah habis berjumping tu, (kononnye berlaku lah tu, dasar mat jenin)
akan terbitlah suatu perasaan yang
'hey semua orang. aku dah bungee jumping. give me mountains i can climb lah now"