Monday 15 August 2011

banyak perkara tak disangka terjadi kepada kita

باسم الله الرحمان الرحيم

Lepas pulang dari IJN tadi untuk check up condition Ahmad, aku tiba tiba terfikir. Terfikir panjang la jugak. Ada la dalam 50 kg km. Oleh sebab bukan aku yang drive sebab aku belum dapat lesen lagi sebab JPJ aku 13 september ni, aku duduk seat belakang chill-rilex
sambil pandang langit *Allah, silau dek panahan mentari pulak* pandang pulak pokok pokok hijau *Allah, silau matahari lagi* alih alih aku pandang kasut aku je. Terus tak jadi nak buat babak pandang tingkap kereta macam filem Ada Apa Dengan Cinta ---->
ciss. Pastu aku fikir, rupanya dah 19 tahun aku hidup dalam dunia ni. Dah nak genap 20 dah tahun depan. Kalau zaman nenek datuk aku dulu mungkin ada 2 ke 3 orang anak dah. Lepastu aku teringat...

Aku tak sangka yang aku dah habis UPSR and PMR. Masa aku sekolah rendah dulu time nak tunggu result UPSR aku rasa bimbang macam ape. Rasa takut, sampai aku conteng katil aku guna permanent marker 'i really want to get 5A's in this year's UPSR'. Katil aku dua tingkat,aku katil bawah so tiap tiap kali nak tidur aku pandang contengan aku tu sampai tertidur. Lepastu PMR pulak aku tak ingat mana sebab aku tengah mengantuk sekarang. *whine* auzubillahminashshaitonirrajim


Aku tak sangka yang aku dah habis SPM. Dulu aku ingat lagi aku selalu rasa yang aku takkan sempat sampai SPM sebab entah entah kiamat dulu ke, ajal dah sampai dulu ke. Aku rasa semua pemikiran macam tu terbit sebab aku malas nak study kot sebab cuak dengan the fact that i will somehow face it oh. Dan sedar sedar je aku dah duduk pun depan meja di atas kerusi di dalam dewan SPM leapstu aku start Ya Allah aku dah tengah SPM ke ni, eh sekarang dah subjek yang last last, Lukisan Kejuruteraan. eh bila masa aku dah buat BM BI Maths subjek awal awal semua?? Hoh. Lepastu tiba tiba eh esok aku dah akan tahu berapa result aku. Lepastu eh aku dah nak tahu aku akan belajar kat mana. Sungguh tak sangka.


Aku tak sangka yang antara ribuan ratusan ribuan jutaan perempuan dalam dunia ni ada juga orang yang sudi rasa aku yang hina dina ni sedikit istimewa. Wah mulia sungguh hati 
mereka naa. Aku tak pernah sangka yang aku akan dapat parcel setiap hari dari seseorang yang nak jadi adik angkat aku, aku tak pernah sangka yang akan ada orang sanggup call aku sampai bil rumah dia naik, aku tak sangka akan ada orang yang sentiasa cuba untuk gembirakan aku buat aku ketawa, dan yang paling tak sangka sekali masa baru baru nak kenal dunia remaja ada orang yang pernah sayangkan aku dan terima aku seadanya aku.


Aku tak sangka jugak yang setiap permulaan ada pengakhiran dan setiap yang datang akan pergi. Tak semua orang akan stick with us until the end. Bila sorang demi sorang yang kita harap harap tinggalkan kita. dan yang paling tak sangka adalah pengajaran berharga yang kita dapat dari setiap perkara yang tinggalkan kita tu. Ia bukan pergi kosong je tapi tinggalkan memori yang ajar kita , this is life. dan kita jadi more matured.


Aku tak sangka yang aku akan ada ramai kawan kawan yang sentiasa di sisi aku bila aku susah bila aku senang. Dorang ni semua tak pernah tahu betapa la pentingnya mereka kat aku. Allah je tahu. Walaupun jarang contact tapi dalam hati ni selalu tergelak sendirian macam ada orang geletek sebenarnya tak, sebab terlalu senang hati bila ingat masa masa dulu dulu bila kita sama sama. Dari jauh je aku pandang korang. Tengok semua dah mendewasa dah cantik, dah hensem, dah ada boifren gelfren (dulu berebut budak sekelas alih alih sekarang dengan orang lain juga haha comel) all in all dah berubah in a good way lah. Sayang lah kat korang, sayang.


Aku tak sangka yang aku dah pun menjadi pelajar universiti, dulu sememeh je pakai tudung sekolah pun jalur jahitan tu dekat sebelah pipi kanan tak pernah straight betul dekat bawah dagu. Lepastu belajar pulak dalam bidang yang aku ingat hanya angan angan masa darjah satu dulu. Sebab cikgu selalu paksa kita semua ada cita cita masing masing jadi just serkap jarang je sebut pekerjaan apa pun. Tak sangka rupa rupanya ia jadi betul betul. ya Allah, terima kasih :)


Aku tak sangka yang aku dah pun berumur 19 tahun. Dulu masa aku tingkatan dua aku selalu berangan dan rasa yang umur 19 ni adalah yang paling comei sekali la sebab dia duk tengah tengah antara 18 dengan 20. Kira tak la remaja baru nak up sangat, tak jugak remaja lanjut umur. Mesti bila 19 nanti best je mesti bergumbira je mesti seronok je.But bila aku dah pun dalam usia 19 ni, aku tak rasa apa pun yang istimewa nya. Ape je yang best melainkan kita kena teruskan hidup walau macam mana pun dugaan Allah dekat kita. bahkan masa aku tingkatan dua dulu aku lagi patut bersyukur belum 19 tahun sebab the only thing i have to worry about was PMR. bukan yang lain -.-


Aku tak sangka yang aku dah boleh ambil lesen dan sekarang tunggu JPJ je weyh JPJ september ni! *adrenalin rush jap* okay dah stabil. Lepastu tunggu bape tahun je lagi nak boleh daftar mengundi haa dont play play haa with us youngsters. Lepastu bulan september ni juga nanti dah nak sambung belajar balik after loooooong holidays after asasi. Lepastu entah entah akan jumpa Mr Right pulak lepastu entah entah dah boleh pergi tunaikan Haji dan Umrah pulak. lepastu macam macam lagi perkara yang tak disangka dan berderet lah list ini nanti.


So aku buat konklusi bahawasanya kita ni akan ada baaanyaaaak perkara yang kita tak sangka dalam hidup kita. Bila kita rasa sesuatu yang tak baik dan susah sedang kita lalui sekarang, ingat lah in just a blink of an eye kita dah pun dimamah usia kulit dah tak anjal dah berderet cucu cicit dan kita akan ingat balik itu semua proses hidup yang mematangkan! Itupun kalau lah kita masih berpeluang bernafas atas bumi Allah ni. Nikmat Allah untuk kita hitung satu persatu takkan dapek do, banyak sangat. Mari bersyukur sekarang, sekarang!
Alhamdulillah
Alhamdulillah 
Alhamdulillah






Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
 - surah al-nahl ayat 18

Saturday 13 August 2011

Bila kita diuji Allah

باسم الله الرحمان الرحيم

Semoga kita semua kuat nak hadap semua ni.
Semoga Allah bantu mudahkan segala urusan.
Semoga segala yang terjadi berakhir dengan baik dan lancar.
Ya Allah, sesungguhnya cukuplah hanya kepada Mu aku bergantung.

"Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurnia-Nya demikian juga Rasul-Nya, sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah"- Surah At-Taubah ayat 59

Tuesday 9 August 2011

Bukan tak mahu tapi berhati-hati

باسم الله الرحمان الرحيم

Belakangan ni aku selalu main main bila orang mula masuk pasal berpasangan.
Tolak tepi soal paranoid. Ini cerita tentang komitmen.
Dah cukup sayang ke kita pada diri sendiri sampai boleh sayang orang lain sekali?
Aku terpaksa buat buat tak faham. Aku terpaksa buat lawak bodoh bila orang tanya bila, kenapa, etc. Lawak bodoh yang membuatkan diri ditertawa atas kebodohan diri dan 
ke-tidak-matangan diri. Semata mata untuk mengelak diterjah soalan soalan macam tu lagi.
atau bila sebenarnya aku terlalu faham sampai aku dah malas nak faham? entahlah
ya, bukan tak mahu. Tapi lepas berfikir panjang, berfikir masak masak,
aku dan kau, kau dan aku, cukuplah sekadar kawan.


Mungkin Allah belum bukakan hati. Mungkin

Poems of A Sinner by A.Wahab Ali

باسم الله الرحمان الرحيم

Aku dan Kau dilema tak kunjung selesai

akankah selamanya
akan mencari kau
sebentar bermukim
sebentar menghilang
di celah daun hayatku

untuk menafikan
 pasti tidak
tapi aku
selalu kau tinggalkan
dalam tanda tanya bertanda tanya

detik detik waktu
menjadi bunyi pilu dan mencemaskan
aku berulang menyeru namamu
sampai
langit
bumi
dan ruang waktu
bersatu dalam diriku

antara aku dan kau
akulah penanggung dilema
pencari penyelesaian





p/s: am reading this book online. i mean, how can i not fall in love with sastera melayu? Very Exciting!

Monday 8 August 2011

A friend namely Asiqin

باسم الله الرحمان الرحيم

Aku rasa dah banyak orang tahu siapa kawan rapat aku. I mean yang paling rapat. 

Yang tidur sebantal dengan aku masa aku takut nak tidur sorang sorang lepas tengok cerita hantu. 

Yang sering masakkan lauk sedap dap dap hari Ahad untuk dibawa pulang ke shah alam di mana aku menanti penuh setia untuk menikmatinya. 

Yang sering calling calling dengan aku untuk cerita pasal anak kucing bakal tiba di rumah la, pastu aku pulak cerita kucing sebelah rumah tak beradab sopan kencing merata. 

Yang selalu comfortkan aku waktu aku nervous.

Yang sering suruh aku fikir positif sebab aku selalu fikir bukan bukan negatif .

 Yang selalu tahan je dengar aku berteriak macam pondan dalam telefon.

 Yang tahan dengan perangai aku yang suka emosi, pastu bila emosi je wajib ada sound effect bajet sinetron Cinta&Anugerah. 

Yang suka layankan aku punya cerita yang stok masuk bakul angkat sendiri ke, yang stok kalau buat cerita komedi pun orang tak nak pandang poster promosi.

 Yang sangat menyenangkan hati. 

Yang macam macam lah.

Alhamdulillah, aku banyak kawan kawan yang rapat. Yang menyenangkan hati, Yang baik, Yang kelakar. Aku rasa tak perlu sebut lah kan sorang demi sorang, semuanya aku sayang sangat sangat. Tapi aku percaya setiap dari kita mesti ada favourism 
(in a good way though), yang paaaaling rapat dan yang paaaaling kita selesa.

Aku tak pernah sangka yang aku akan still sama sama dengan dia lepas habis sekolah. Dari tingkatan tiga rapat sampai tingkatan lima.
Bila kitorang dapat course belajar yang sama, tempat yang sama, kuliah sama, aku jadi sangat comfortable dan aku tak home sick sangat sebab orang yang aku anggap family ada sebelah aku.

Sejak tu, kitorang sama sama buat keputusan untuk saling menasihati sesama lain. Kalau aku ter over, dia nasihat. Kalau aku terkureng pun dia nasihat jugak. Aku? Aku belum pernah lagi perlu nasihat dia sebab dia ter over sebab belum ada kes lagi.hehe
Kitorang jugak sama sama nak usaha berjuang dalam bidang yang kitorang minat,
nak sampai degree. Nak sampai master. Dengan izin-Nya.

Tapi perjalanan hidup kita ni berbukit bukau, bergunung ganau.
Kena lalu hutan rimba bagai, kena lalu onak duri bagai.
dan langit tak selalunya cerah (cliche gila).

Allah uji dia.
Tapi dia sangat kuat. Dia kata dalaman dia yang orang tak nampak tu sangat rapuh.
Tapi dia sangat kuat untuk still berjaya cari jalan penyelesaian yang akhirnya bagi manfaat jugak dekat diri dia, Insya Allah. 







Eqin,
walaupun laluan kita dah berbeza nanti.
Kita mesti FIGHT habis habisan untuk jadi better dari siapa kita sekarang.
Ingat tak kau cakap kita ni perempuan.
Biar ada harga diri. Biar ada maruah. 

Apa yang kita perjuangkan sekarang ni
itulah harga diri, itulah maruah.









kau dan aku
layang-layang takdir
terapung di sini
sebentar terputus
sebentar tersambung
kau dan aku
berputar
di tengah suasana
mencipta aksi
dan kata-kata
memancangkan pengertian
dan penafsiran
- Layang-layang takdir oleh A. Wahab Ali

Friday 5 August 2011

nadira is always gonna be shasha linda

باسم الله الرحمان الرحيم

nadira tengah basuh baju.


kes satu

Nadira: Kaknim tolong ambikan barang tu jap.
Kaknim: Nah
Nadira: Thank
Kaknim: Thanksssss lah
Nadira: sssss (instead of saying thanks once again, she only sounded the sss part)

 kes dua
Nadira: Kaknim, apa maksud balaci?
Kaknim: Em..(nak cakap pesuruh tapi pelik pulak,so i said..) hamba. Kenapa?
Nadira: Ohh..kenapa bukan patik?
Kaknim: (actually after a few sec baru aku faham yang dia ingat balaci-->hamba-->patik)
             aku cuma mampu gelak je.




Ni cuma dua antara ribuan lawak nadira. Selalu je aku nak gelak terguling-guling, geram sebab lawak nadira aku dapat faham hanya selepas dua ke tiga saat. Geram tengok nadira gelak badan dia vibrate sekali. Geram tengok nadira gelak penuh ikhlas suara berlemak.
Geram sebab dia macam anak beruang kutub. Geram! Geram! 
Aihh Tolonglah faham~

3 lelaki dalam hati

باسم الله الرحمان الرحيم

Aku bukan orang yang selayaknya cakap pasal cinta. Tapi cinta tu banyak jenis jadi aku nak kupas bawang pasal cinta dalam hati aku yang begitu mendalam menusuk kalbu dihati sanubari yang mendalam sedalam lautan paling dalam setinggi gunung paling tinggi nah ambik kau takde noktah

Semalam aku mimpi aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak sanggup nak hadapi. Aku terlampau sedih sampai takde air mata yang keluar. Padahal aku jenis yang suka menakungkan air mata, tak caya tanya eqin. Dia sedih aku yang menangis macam pondan mekap cair. Jadi aku harap satu hari nanti orang yang aku sayang tu akan baca entri ni dan tahu yang aku sayangkan dia.


Zack & Ahmad


Tak sebenarnya nama mereka jauh panggang dari api. Lagi hensem dari Zack, lagi hensem dari Ahmad. Cuma nama ni kitorang sibs suka guna untuk usik mengusik. Lagipun dorang suka guna nama ni untuk main Plants vs Zombie. Comel sangat. Aku nak cerita sikit pasal dorang sebab dorang ni satu satunya sibs lelaki aku. Aku takde abang. Zack lah abang. Sebab tu aku lagi suka panggil dia abang. Dia kata aku gedik. Takpela, kaknim gedik dengan abang sajerr. HAHA.

Cakap pasal Z. Z selalu tolong orang. Tapi orang tak nampak. Orang cakap dia tak tolong apa apa. Z selalu buat homework. Tapi orang tak nampak. Orang cakap dia tak belajar pun asyik tengok tv dan main game. Z selalu jaga Ahmad. Tapi orang tak nampak. Orang cakap dia tak sayang adik tak reti jaga adik. Z selalu senang kan hati orang, suka buat lawak. Tapi orang tak perasan. Orang cakap dia perengus suka marah orang. Z selalu kumpul duit tapi kedekut. Tapi orang tak tahu. Dia kumpul duit sebab nak kumpul action figure yang dia minat, yang dia tahu ibu ayah takkan beli sebab jimat jadi dia guna duit sendiri. Z sangat menyenangkan hati. Tapi orang tak perasan. Sebab orang selalu ingat Z buli adik adik lain jadi orang lagi protect adik adik lain dari Z. and the saddest part was that..orang itu adalah aku. 
and i was at fault for not being a good example to him. so now, dengan harapan suatu hari nanti Z akan baca semua ni. (semalam aku suruh dia baca time dia tengah main game dia taknak, chiss) dan sedar yang kaknim sungguh sayang dekat Z so kaknim juga akan sentiasa cuba untuk jadi uber cool understanding sister yang Z selalu cakap masa tengah tengok drama TV3. (see, his soft side. He loves watching drama yang family genre)

Ahmad..hm Ahmad anak last so semua orang duk puk puk timang sayang lagi dengan dia walaupun dia sebenarnya dah 6 tahun sekarang. kadang kadang nampak sangat dia terlebih manja sampai jadi gedik. Tapi kau ingat lepas duk puk puk timang sayang dengan dia, kakak kakak dia yang 4 orang ni akan membiarkan dia dimanjai sepanjang hari? Oh tidak sama sekali. Kitorang takkan biar dia gedik macam tu je. kitorang pasti buat sesuatu. Sebab tu la Ahmad macam orang tua when it comes to the way he think. Ada suatu hari Wokwa buat lawak gila gila depan Ahmad macam lawak untuk budak budak macam Ahmad. sekali Ahmad berlalu pergi macam tu je tanpa respon positif kat lawak Wokwa sambil berkata, "Kakwa ni macam budak budak," Terkejut Wokwa terus kecik hati dia. dan banyak lagi cerita Ahmad macam orang tua tapi letih ah taip banyak banyak. lainkali kaknim cerita pasal awak lagi ye Ahmad. arasso?
 dannnn ini lelaki yang paaaaling kesayangan. *drum rollssss*


i wrote this on my diary when i was 13.
oh and pls ignore my bad hand writing.






bila baca semua ni balik, i recalled things back. I was really a pain in the neck.
and now that i am no longer that 13 years old girl,
aku masih merasakan kesyukuran yang amat sangat. Terima kasih Ya Allah
sebab anugerahkan seorang lelaki yang sangat mulia ni dalam hidup aku.
Semoga aku dapat jumpa dengan someone yang father figure jugak, amin ya rab.
Next time ill be talking bout my ibu pulak, barulah adil dan saksama hehe.

So, siapa lelaki dalam hati anda?


Paranoid

باسم الله الرحمان الرحيم

Betul ke cinta tu takkan bertahan?
Kalau betul cinta takkan bertahan tapi sayang masih ada,
kenapa tak gunakan kebesaran sayang tu untuk kekal bersama, untuk setia?
Kenapa mesti berpisah?
Contoh macam gunakan sayang yang ada tu untuk sama sama toleransi.
Toleransi dalam menerima kelemahan pasangan
disamping memperbaiki kelemahan diri sendiri.
Proses give and take. Tolak ansur.
dan dua dua orang tu pun kena lakukan proses yang sama.
Terap unsur reciprocal.
Lepastu percaya.
Lepastu hormat.
Cinta tu datang dan pergi, turun dan naik.
Macam iman. Boleh bertambah, boleh berkurang.
Jadi caranya kena kukuhkan iman melalui ibadah sempurna.
Jadi caranya kukuhkan hubungan dengan toleransi sempurna, percaya sempurna, hormat sempurna.

Ke, sebenarnya hati salah satu yang dah berubah dibayangi orang lain,
sampai hilang percaya, hilang setia, hilang toleransi, hilang hormat pada pasangan?

Jadi kenapa guna alasan dah tak serasi?
Susah ke nak akui awal awal yang dah ada yang lain dalam hati?
Ohh. . jadi sebab tulah orang berpisah, putus tunang, bercerai?
________________________________________________________________________

Aku tau aku bukan orang yang layak cakap pasal ni semua. Aku tak pernah berada dalam situasi real relationship. Aku cuma teringat teringat cinta monyet zaman sekolah dulu dulu dulu dulu yang sememangnya takkan kekal tu. Aku buat konklusi. Kalau sekadar cinta monyet pun masih teringat, kalau cinta betul betul yang dah nak ke jinjang pelamin tapi terputus tengah jalan mesti lagi rabak hati. 
Jadi aku terus paranoid. Kita semua kena ada prinsip 'trust, loyalty, tolerant and respect' pada pasangan. Love will eventually fade. Sebab aku tak pernah percaya bertukar pasangan "for fun and relax ar beb we still young beb, enjoy" adalah sesuatu yang biasa. That is nonsense. Find one and only one that you truly wanna make as your halal one and stick with him/her until your last breath then pray that he/she is gonna do the same to you.
Now that is REAL LOVE from my 365 degree point of view.









p/s: ini semua terhasil lepas aku rasa takut untuk baca surat khabar yang hari hari 65% adalah berkisarkan rumah tangga bergolak atau putus tunang atau perpisahan atau perceraian.
None other than that. Pls note that.


Thursday 4 August 2011

sangat noob

باسم الله الرحمان الرحيم
Diri sendiri.

Sebab selalu tercuit hati dengan lawak ciptaan sendiri yang tak lawak pun padahal.

Kasihan. . .

Padahal takde sape yang sudi bagi respon kecuali Eqin. itupun virtually.

laahai, kesian. .
sabar ye nak ye

tehe


Monday 1 August 2011

5 perkara annoying

باسم الله الرحمان الرحيم

Kelima- Setiap 20 saat Shasha Linda akan jerit. " Kaknim! Sekarang dahh pukull  
            bberapaa?? Dah boleh berbuka ke belumm?? " dari pukul 5 dia balik sekolah 
            agama saaaampai lah lagi 2 minit azan nak berkumandang baru dia stop. it goes on 
            and on and on . .

Keempat- Bila ada orang lelaki mencuit/ mensuit/ menggerakkan mulut untuk keluarkan   
               bunyi langau (i dont even know what to call it) every single time perempuan lalu.  
               Ish. 
               Cuba kalau slow-mo kan mulut dorang. Geli der. tak cantik woh. Air liur terkeluar 
               woh.

Ketiga- Bila ada keraian pasti ada makan makan kan. Jadi mesti guna pinggan mangkuk kan. 
           dan bila ada pinggan mangkuk pasti ada pencucinya kan. Bukan pencuci Axion baru 
           atau Sunlight, itu memang wajib guna. Dah takkan nak guna ubat gigi pulak cuci 
           pinggan. Ok proceed. Aku suka volunteer jadi tukang basuh pinggan. Bukan sebab 
           "Eh eh rajinnya anak dara ni, boleh buat menantu atau pembantu'' (???). Tapi
           sebab kitew ni pemalu lew. hihih. Kitew tak biasa bila jumpa sedarer rarer kitew
           tanya "Eh yang ni anak dah ada berapa dahh?" Kitew tak taw nak jawab apew.
           Ni tipu. Ok bila dah tengah cuci caci pinggan dengan semangat jati diri yang tinggi
           diselang seli dengan ingatan babak hindustan bergolek versi Singapura. Tiba tiba 
           kesemua pinggan yang tadi penuh membuak buak,has magically vanished!
           Wah, kembang hatiku seperti ada orang sudi menjemput kitew naik kereta berkuda 
           pergi Mydin beli barang dapur. But. Exactly the moment aku pulas kepala paip untuk 
           tutup air, Nanar datang tersengih kambing sambil menatang pinggan mangkuk segala 
           bagai. Hancur musnah segala impian tasik madu nak berehat bersantai. Ini selalu  
           terjadi. (panjangnya . .)

Kedua- 1 text message received. Aku bukak. Aku baca. Aku termenung. Aku pikir.
          
             Salam, sayang  - 017*********
  
              Dah bila masa aku berkasih sayang dengan sesiapa di bulan Ramadhan nih


Pertama- Broadband lembab. Dah. Ni tak payah cerita panjang.