Wednesday 25 May 2011

sayang sebenarnya

باسم الله الرحمان الرحيم

Lahir lahir je aku dalam dunia ni aku dah ada sorang kakak perempuan si Nanar (bukan nama sebenar). Yelah kakak mesti perempuan kan. Lepastu setahun selepas itu, semasa aku masih memerlukan belaian si ibu saat kelaparan dan dahaga oh merepek dah, aku dikurniakan seorang adik perempuan si Wokwa (bukan nama sebenar). 

Nanar, aku [Anum (ni nama sebenar)] dan Wokwa seakan akan kembar kerana waktu kecil saiz kami serupa seperti orang kerdil comel, kami sentiasa bergaduh pabila berkehendakkan sesuatu. Ya, kembar kerana ibu selalu membeli pakaian yang serupa, SERUPA SUMPAH SEBIJIK saiz je lain di Sogo KL apabila sale.

Jadi, antara kami sangat rapat sebenarnya walau sentiasa bergaduh. kami seakan baju, seluar dan tudung. Tak siap nak keluar kalu takde salah satu.
Untuk membuktikan kerapatan kami, aku masih ingat waktu aku dan Wokwa sama tadika dahulu, Wokwa belajar dalam kumpulan yang sama dengan aku sedangkan dia berumur 4 tahun ketika itu. Betapa advance nye dia sedang aku berumur 5 tahun ketika itu. Wokwa juga suka belajar sambil duduk di atas ribaku. Ya, dia duduk dia atas ribaku kerana cikgu sudah bosan melarang beliau yang ketika itu sangat garang. Kemudian, apabila masa utk ber-hygiene, Wokwa pasti memaksa meminta tolong aku teman sehingga ke dalam.
Begitulah rapatnya kami. Lepastu lepastu, Nanar pulak kebetulan bersekolah agama sebelah tadika kitorang. Waktu rehat pun kebetulan sama so waktu rehat je ada sesi jejak kasih macam la dah bertahun tak jumpa. Nanar suka main dekcok (hopscotch) bersama kawan dia. Aku yang bapak lah naif nak apa, suruh lah Nanar mencipta suatu dekcok yang aku boleh main sekaki tapi Nanar menolak dengan cara baik. Ya, paling baik. Dia lukiskan aku satu dekcok bentuk penyu yang bagi aku masa tu menakjubkan. Adalah rupa macam ni,


Kemudian, aku pun dengan girang hop in the middle of that penyu. Walaupun masa tu hati kecilku ada doubt sikit tentang bentuk penyu yang macam muat muat kaki kecilku bersaiz 3 (kot), and i was thinking aku macam aku sorang je yang muat nanti kawan aku nak main macam mana. Tapi aku diamkan saja sebab terlalu mempercayai Nanar kerana dia suruh aku tunggu je dalam tu, jadi aku memerhati dengan tersengih sumbing melihat Nanar bermain dekcok dengan kawannya dekat dengan dekcok aku. Tiba tiba loceng sekolah Nanar berbunyi waktu rehat dia dah habis. Dia blah macam tu je. Oleh kerana Nanar suruh tunggu dalam tu jadi aku pun tunggu tegak berdiri macam nyanyi Negaraku. Sehingga aku sedar rupanya penantian aku sia sia. Ya begitulah ceritanya. 

Kitorang suka girls talk. Dalam bergaduh gaduh macam hapa je, kitorang memerlukan each other. Macam orang terlafaz talak kemudian tak sampai dua  minit dah rujuk balik. Macam tulah. Lepastu kitorang suka berangan yang setiap antara kitorang ada adik sendiri setiap satu. Masa tu ibu tengah mengandungkan Zack tahun 98 (bukan nama sebenar). Jadi Zack itu adik kepada Nanar. Lepastu ibu mengandungkan pula Shasha Linda tahun 2001 (bukan nama sebenar). Jadi Shasha Linda adik aku. Kemudian Allah swt memakbulkan angan angan kami bila ibu mengandungkan Ahmad tahun 2005 (bukan nama sebenar jugak) yang menjadi adik kepada Wokwa. Kami sangat gumbira atas adik jagaan masing masing. Orang English kata the more the merrier. Betullah tu. Cuma nak tambah sikit je. The more the merrier the crazier the sakit kepaler.
Kami kakak kakak sekalian cuba untuk menjadi kakak yang baik walaupun langit tak selalunya cerah dan kami tak selalunya menjadi contoh terrrbaik.
But somehow aku rasa sangat bersyukur dikurniakan adik yang kecik dan ramai sebab skil untuk menjaga tu semulajadi terpupuk walaupun bukanlah sehebat Mary Poppins menjaga kanak kanak. and i believe our bergaduh moment really bind us well. 

Kemudian masa berlalu dengan pantas sekali. Sedar sedar je ibu dan ayah sudah menginjak ke umur separuh abad sedang anak anak masih kecil menadah tangan minta wang poket (tiba tiba bercita cita untuk nikah awal kerana mahu kelihatan sama muda seperti anak perempuan). 

Kemudian tiba tiba juga anak anak ibu dan ayah serorang demi seorang menjejakkan kaki ke menara gading (oohh how i love this word menara gading, when i was darjah satu i really hope to be inside this menara gading w/o knowing menara gading tu masuk Universiti). Nanar, lepastu Anum akulah tu then skarang Wokwa pulak menurut jejak langkahku (i love this one too! menurut jejak langkah). Subhanallah. How fast time is running eyh.
and Zack pulak being the first lelaki dalam family memikul tugas yang besar and hopefully he could coop with that, insya Allah. 

i just want ibu and ayah to know that no matter how improper i behaves all these while,deep inside i really just wanted to make them proud. and achieve what they could not achieved in the past and really just make them proud.
Forgive me for being so ignorant of your feelings. Though you are not likely gonna read this anyway, i am changing and sincerely need you guidance. Thanks for everything.

Jadi apa apa pun yang terjadi kat kita on the past, make use of it as something yang positif untuk kita jadi a better person every single second. Azam bukan hanya di tahun baru saja, azam kena diperkukuh setiap detik supaya kita tahu tujuan kita hidup. and as for me, 

aku Bersyukur atas setiap apa yang Allah bagi sebab ia semuanya adalah proses mematangkan diri.

Tuesday 17 May 2011

si kurus kering dan cikgu berjasa

باسم الله الرحمان الرحيم

Masa aku mula mula masuk darjah satu dulu, badan aku kecik. Tinggi aku pendek. Aku masa tu lagi pendek dari semua yang darjah satu. Dah lah tinggi aku pendek, berat 15 kg je macam zombie pakai baju sekolah. Dengan tinggi yang pendek dan berat yang ringan, aku masuk sekolah bulan Januari tu dengan penuh semangat tak sabar nak guna colour pencil. The only thing that kept me going to school adalah sebab nak gunakan colour. Entah lah taktau pasal apa colour really excites me back then. 
Lepastu masa darjah satu aku tak nangis. Ayah balik awal lepas hantar aku untuk first day tu. Bapa orang lain tunggu dalam kelas sampai habis sesi sekolah for that first day. Aku pelik kenapa orang tua ada dalam kelas ramai ramai masa tu. Lepastu petang ada sekolah agama pulak. Aku naik basikal roda warna warni pegi sekolah agama.
ahaa sebijik macam ni. cuma buang roda tiga tu dengan saiz basikal aku tu besar sikit. tapi memang serupa habis lah. Trend tuuu.
Lepastu masa rehat sekolah agama aku nampak kawan aku bawak bekal air milo dalam botol kecik. Aku terkejut. Sebab aku baru tahu yang sekolah boleh bawak bekal. Naif punye budak. Jadi balik dari sekolah agama aku bercita cita nak bawak bekal jugak. Aku kayuh basikal penuh semangat. Tapi malang sekali impian tu jarang jarang je tercapai.
Pengalaman pertama aku ponteng sekolah agama terjadi masa aku darjah satu. Nanar yang ajak takyah pegi sekolah, jadi kitorang kayuh basikal pegi tasik. Dekat tasik tu, bukan buat apa pun. Makan keropok. Kunyah keropok. Telan keropok. Jumpa kawan ibu yang kemudiannya bagitau ibu kitorang ponteng. Balik Nanar kesian. Aku je yang selamat sebab aku kecik lagi.
Sejak tu aku tak pernah rasa ponteng tu best. 

Masa darjah satu aku tak pernah buat kerja rumah. Tak pernah. Aku pun tak ingat kenapa. Aku bukan tak paham apa yang cikgu ajar, cuma aku tak pernah tahu kenapa kena siapkan kerja rumah. Lepastu masa Cikgu Norhayati nak check kerja sekolah matematik aku, aku jadi bingung. Ada kerja sekolah ke? Aku tengok semua kawan aku dah ready buku atas meja. Aku nak keluarkan buku apa jadi aku diam jela. Cikgu pergi dari meja ke meja yang lain sambil bawak pembaris lab yang panjang tu. Sampai ke meja aku, cikgu stop. Dia tenung aku lama lama. Aku buat muka biasa. Tiba tiba dia skip aku dan pergi ke meja lain. Proses skipping itu berlanjut setiap hari. Sampai aku pelik kenapa cikgu hukum orang lain yang tak siap kerja tapi dia skip aku.

Satu hari ibu bagitahu aku. cikgu cakap aku tak buat kerja. Ibu cakap cikgu selalu skip hukum aku sebab tak sampai hati nak pukul tengok aku kurus sangat. Aku terdiam.

Masuk darjah dua aku suka buat kerja sebab Cikgu Sharina baik dan sweet. suka encourage murid murid buat kerja. Tapi masuk darjah tiga aku mula balik perangai darjah satu aku. Aku tak buat kerja sekolah dah. Aku taktahu kenapa aku tak buat. Walaupun basikal aku dah upgrade, kayuh basikal baru dengan rasa bangga,


tapi aku perangai tak baru. selalu kena marah dengan teacher BI, teacher Norizzah. Dia sangat garang. Dia suka herdik aku depan kelas bila aku tak siap kerja sampai aku menangis teresak esak. Malu semua pandang. Semua ingat aku bodoh tak reti nak siapkan kerja rumah. Aku masih tak ingat kenapa aku tak buat kerja sekolah tu. tapi yang pasti hari hari aku kena marah.

Saampai la aku darjah 4, ada teacher Hashimah ajar BI. dia sangat lembut. sangat caring. Dia buat aku rasa nak jadi pandai. Lepastu ada cikgu BM yang faham aku, yang faham karangan aku. Cikgu Nora. 

Bila aku dah berada di usia sekarang,19 tahun dan ingat balik apa yang jadi dekat aku dulu, aku sangat bersyukur. bukan senang jadi cikgu. Aku nak ambik kesempatan ucap terima kasih dari hati tulus ikhlas dekat cikgu cikgu semua. sebab mereka buat aku jadi manusia.
Kalau aku tak pernah kena marah, tak pernah kena herdik,
tak mungkin aku jadi aku yang sekarang.
Terima kasih

Selamat Hari Guru

Sunday 8 May 2011

MENYELAM DALAM PASIR

باسم الله الرحمان الرحيم

itu yang aku rasakan sekarang