Monday 15 August 2011

banyak perkara tak disangka terjadi kepada kita

باسم الله الرحمان الرحيم

Lepas pulang dari IJN tadi untuk check up condition Ahmad, aku tiba tiba terfikir. Terfikir panjang la jugak. Ada la dalam 50 kg km. Oleh sebab bukan aku yang drive sebab aku belum dapat lesen lagi sebab JPJ aku 13 september ni, aku duduk seat belakang chill-rilex
sambil pandang langit *Allah, silau dek panahan mentari pulak* pandang pulak pokok pokok hijau *Allah, silau matahari lagi* alih alih aku pandang kasut aku je. Terus tak jadi nak buat babak pandang tingkap kereta macam filem Ada Apa Dengan Cinta ---->
ciss. Pastu aku fikir, rupanya dah 19 tahun aku hidup dalam dunia ni. Dah nak genap 20 dah tahun depan. Kalau zaman nenek datuk aku dulu mungkin ada 2 ke 3 orang anak dah. Lepastu aku teringat...

Aku tak sangka yang aku dah habis UPSR and PMR. Masa aku sekolah rendah dulu time nak tunggu result UPSR aku rasa bimbang macam ape. Rasa takut, sampai aku conteng katil aku guna permanent marker 'i really want to get 5A's in this year's UPSR'. Katil aku dua tingkat,aku katil bawah so tiap tiap kali nak tidur aku pandang contengan aku tu sampai tertidur. Lepastu PMR pulak aku tak ingat mana sebab aku tengah mengantuk sekarang. *whine* auzubillahminashshaitonirrajim


Aku tak sangka yang aku dah habis SPM. Dulu aku ingat lagi aku selalu rasa yang aku takkan sempat sampai SPM sebab entah entah kiamat dulu ke, ajal dah sampai dulu ke. Aku rasa semua pemikiran macam tu terbit sebab aku malas nak study kot sebab cuak dengan the fact that i will somehow face it oh. Dan sedar sedar je aku dah duduk pun depan meja di atas kerusi di dalam dewan SPM leapstu aku start Ya Allah aku dah tengah SPM ke ni, eh sekarang dah subjek yang last last, Lukisan Kejuruteraan. eh bila masa aku dah buat BM BI Maths subjek awal awal semua?? Hoh. Lepastu tiba tiba eh esok aku dah akan tahu berapa result aku. Lepastu eh aku dah nak tahu aku akan belajar kat mana. Sungguh tak sangka.


Aku tak sangka yang antara ribuan ratusan ribuan jutaan perempuan dalam dunia ni ada juga orang yang sudi rasa aku yang hina dina ni sedikit istimewa. Wah mulia sungguh hati 
mereka naa. Aku tak pernah sangka yang aku akan dapat parcel setiap hari dari seseorang yang nak jadi adik angkat aku, aku tak pernah sangka yang akan ada orang sanggup call aku sampai bil rumah dia naik, aku tak sangka akan ada orang yang sentiasa cuba untuk gembirakan aku buat aku ketawa, dan yang paling tak sangka sekali masa baru baru nak kenal dunia remaja ada orang yang pernah sayangkan aku dan terima aku seadanya aku.


Aku tak sangka jugak yang setiap permulaan ada pengakhiran dan setiap yang datang akan pergi. Tak semua orang akan stick with us until the end. Bila sorang demi sorang yang kita harap harap tinggalkan kita. dan yang paling tak sangka adalah pengajaran berharga yang kita dapat dari setiap perkara yang tinggalkan kita tu. Ia bukan pergi kosong je tapi tinggalkan memori yang ajar kita , this is life. dan kita jadi more matured.


Aku tak sangka yang aku akan ada ramai kawan kawan yang sentiasa di sisi aku bila aku susah bila aku senang. Dorang ni semua tak pernah tahu betapa la pentingnya mereka kat aku. Allah je tahu. Walaupun jarang contact tapi dalam hati ni selalu tergelak sendirian macam ada orang geletek sebenarnya tak, sebab terlalu senang hati bila ingat masa masa dulu dulu bila kita sama sama. Dari jauh je aku pandang korang. Tengok semua dah mendewasa dah cantik, dah hensem, dah ada boifren gelfren (dulu berebut budak sekelas alih alih sekarang dengan orang lain juga haha comel) all in all dah berubah in a good way lah. Sayang lah kat korang, sayang.


Aku tak sangka yang aku dah pun menjadi pelajar universiti, dulu sememeh je pakai tudung sekolah pun jalur jahitan tu dekat sebelah pipi kanan tak pernah straight betul dekat bawah dagu. Lepastu belajar pulak dalam bidang yang aku ingat hanya angan angan masa darjah satu dulu. Sebab cikgu selalu paksa kita semua ada cita cita masing masing jadi just serkap jarang je sebut pekerjaan apa pun. Tak sangka rupa rupanya ia jadi betul betul. ya Allah, terima kasih :)


Aku tak sangka yang aku dah pun berumur 19 tahun. Dulu masa aku tingkatan dua aku selalu berangan dan rasa yang umur 19 ni adalah yang paling comei sekali la sebab dia duk tengah tengah antara 18 dengan 20. Kira tak la remaja baru nak up sangat, tak jugak remaja lanjut umur. Mesti bila 19 nanti best je mesti bergumbira je mesti seronok je.But bila aku dah pun dalam usia 19 ni, aku tak rasa apa pun yang istimewa nya. Ape je yang best melainkan kita kena teruskan hidup walau macam mana pun dugaan Allah dekat kita. bahkan masa aku tingkatan dua dulu aku lagi patut bersyukur belum 19 tahun sebab the only thing i have to worry about was PMR. bukan yang lain -.-


Aku tak sangka yang aku dah boleh ambil lesen dan sekarang tunggu JPJ je weyh JPJ september ni! *adrenalin rush jap* okay dah stabil. Lepastu tunggu bape tahun je lagi nak boleh daftar mengundi haa dont play play haa with us youngsters. Lepastu bulan september ni juga nanti dah nak sambung belajar balik after loooooong holidays after asasi. Lepastu entah entah akan jumpa Mr Right pulak lepastu entah entah dah boleh pergi tunaikan Haji dan Umrah pulak. lepastu macam macam lagi perkara yang tak disangka dan berderet lah list ini nanti.


So aku buat konklusi bahawasanya kita ni akan ada baaanyaaaak perkara yang kita tak sangka dalam hidup kita. Bila kita rasa sesuatu yang tak baik dan susah sedang kita lalui sekarang, ingat lah in just a blink of an eye kita dah pun dimamah usia kulit dah tak anjal dah berderet cucu cicit dan kita akan ingat balik itu semua proses hidup yang mematangkan! Itupun kalau lah kita masih berpeluang bernafas atas bumi Allah ni. Nikmat Allah untuk kita hitung satu persatu takkan dapek do, banyak sangat. Mari bersyukur sekarang, sekarang!
Alhamdulillah
Alhamdulillah 
Alhamdulillah






Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
 - surah al-nahl ayat 18

3 comments:

  1. jom nyanyi lagu raihan.
    syukurrr syukurrr alhamdulillah.....
    :DD

    ReplyDelete
  2. menarikla..alhamdulillah pujian bagi Allah..Allahuakbar,Allah Maha Besar..haaa..sambung2

    ReplyDelete