Monday, 6 February 2012

and now it's open

باسم الله الرحمان الرحيم

pelik kan bila tiba tiba kita boleh ingat masa lalu macam benda tu baru berlaku semalam. dan pelik juga bila tiba tiba kita boleh pulak lupa langsung something yang pernah jadi as if it never happened. 

i think i am not anymore terikat dengan kenangan tu. sekarang fasa perubahan bermula. fasa untuk bagi peluang pada diri untuk bagi peluang pada orang lain. insya Allah :)

Thursday, 26 January 2012

on pins and needles

باسم الله الرحمان الرحيم

dah lama tak typing panjang panjang.okay so when i was on my way to Kelantan, i've been thinking about so many things. about my life. about what i have done through the 20 years of life Allah SWT lend to me. so then i realized that i have never really done something that is significant atau penting atau memberi makna atau terkesan kepada diriku secara positif yakni menjadi orang yang lebih berguna kepada diri sendiri. (ceh diri sendiri je berani cakap, negara bangsa agama semua belum berani sebut sebab diri sendiri pun kelam kabut).

 something yang mencabar. yang membuatkan darah berderau laju, yang kalau toreh kulit pun tak keluar darah sebab darah jadi beku sebab nervous system jadi kejang sebab..okay pendek kata, benda yang mencabar. eh dah sebut tadi. okfine

haritu aku terjumpa satu video bungee jumping kat youtube. wohooooo. that was truly awesome mann! aku pun tiba tiba ter genggam tangan aku lalu meletakkan fist aku di bawah daguku. hoh. mula lah bercita cita tinggi kak tipah, nak main bungee jumping oii.


perasaan aku terbuai buai (apesal terbuai buai doh. bm kau teghok) bila aku bayangkan bungee jumping ni sama macam perasaan nak bunuh diri yang half way, cumanya kau akan kena tarik balik ke atas selepas dah terjun tu. bila pikir macam ni, aku pikir la yang bunuh diri tu memang kerja bodoh lah.nauzubillah. dah lah sakit di hati, bila nak terjun sakit di kepala pikir nak terjun ke dak, bila dah terjun sakit di seluruh badan pulak, pastu sakit malaikat maut tarik nyawa sebelum waktunye sebab kau pandai pandai menempah maut kau sendiri, pastu sakit kat akhirat lagi yang memang umum mengetahui dosa bunuh diri itu bosar dik, bosar.(selingan ceramah siapp)

imagine saat kau nak terjun tu, adrenaline rush. adrenaline rush ni baguih pasai bila adrenaline dirembeskan(haha), akan keluarlah itu dopamine yang bertindak sebagai natural pain killer. dan bila keluar semua benda ni, badan kita mampu buat bende yang bila kita rileks kita tak boleh buat.(obviously) 

suatu perasaan yang unusual itulah aku nak rase. yang trigger myself to do beyond of what i think i am capable of doing. tak semua orang berani bayar mahal mahal semata mata untuk jatuh ke dalam gaung (pemikiran cetek di sini). hihi.

oh down pula rasa hati ini bila sebut pasal bayaran mahal. makan pun nasik goreng student penjimatan hebat rm3.00 ada hati nak pegi bungee jumping beratus tu. T.T


_____________________iklan sebentar bagi mengubati down________________________


oh dann lepastu bila dah habis berjumping tu, (kononnye berlaku lah tu, dasar mat jenin)
akan terbitlah suatu perasaan yang
'hey semua orang. aku dah bungee jumping. give me mountains i can climb lah now"

Saturday, 31 December 2011

have you ever..

باسم الله الرحمان الرحيم

pernah tak rasa that everything that you do
macam tak kena. macam semuanya salah.
macam akan ada orang yang akan tertawakan kita kalau kita salah?

oh i forgot. you are perfect, you must have never been in this situation kan. duhh 

oh and i forgot. it is new year.

this is a crappppppp
i should have been studying :0

okay good luck bye


something significantly random

باسم الله الرحمان الرحيم

"Ayah aku tak datang pun masa parents kawan kawan aku semua datang untuk majlis form 5. Time tu semua orang nangis nangis peluk mak ayah. Aku tahan je menangis. Dalam hati aku dah macam macam perkataan keluar. Mula mula kata nak datang tapi tak jadi pulak. Mak aku dah lah baru keluar hospital sebab demam.''

"Ayah aku cerai dengan mak aku masa aku sekolah rendah. Masa tu aku dah la tak rapat dengan mak aku. Ayah aku kahwin dengan orang lain. Dia dah ada anak baru, anak sendiri dah tak penting."

"Ayah aku yang sekarang memang la aku panggil ayah tapi perasaan dia tak sama macam dengan ayah sendiri. Ayah betul aku lagi pentingkan family baru dia."

Aku diam dan dengar. Cuba untuk teliti setiap butir perkataan yang keluar dari mulut kawan aku ni.

"oh kat sekolah dulu aku selalu kena dengan ustazah aku. cakap aku macam macam la. sebab aku datang dari family yang divorced, nak kata aku perangai macam ni sebab yela budak rosak la kononnye.''

''kat sekolah aku dulu cikgu cukup menyampah dengan aku. aku lah budak pompuan yang paling teruk kononnye sampai masuk dalam list budak nakal yang semua lelaki tiba tiba nama aku sorang je perempuan. no 3 pulak tu. habis jahat la aku ni''

aku pun pikir dalam dalam. kesian nya semua orang nak judge budak sekolah ni jahat semata mata sebab dia tak ikut peraturan macam orang lain. maksud aku dia ni di nilai sebagai orang yang lawan arus semata mata sebab dia ada pemikiran dan idea yang lain sikit dari orang lain. 

Orangnya bold. Akan buat apa saja yang dia rasa betul. kalau dia salah dia akan mengaku silap dia. tapi kalau dia betul dan dipersalahkan untuk benda yang betul, dia akan pertahankan habis habisan. hidup dia aku nampak macam satu perjuangan. aku cakap kat dia aku kagum dengan dia. dia kuat. kalau aku duduk kat situasi dia mungkin aku mengalah, aku mungkin tak cukup kuat. tapi dia relax, tenang je. seolah olah situasti susah dia tu dah terbiasa dia lalui. dah jadi darah daging. 

divorced parents, dikutuk diperli kat sekolah. what a life

cuba kau bagitau aku macam mana nak hidup tanpa seorang ayah yang masih hidup. yang masih ada diluar sana. yang dulu masa kecik manja manja kan kau tapi sekarang jarang contact kau, kisahkan anak anak bini lain. takde sape yang tuding jari kat sesapa sekarang ni. aku cuma nak suruh korang share imaginasi aku. 

kalau ayah aku tiba tiba ada family lain. dan tak kisah kat aku. apa jadi kat aku? 
di pusat pemulihan mungkin.

tapi kawan aku tu still di sini dan still berjaya jadi pelajar pandai. yang dulu kat sekolah hampir semua cikgu rasa dia tak mungkin kemana pun.
fyi. dia pelajar degree law. aku suka bila orang terkejut dengar dia ambik sesuatu yang orang lain semua kata bercanggah dengan dia dulu.
kau boleh nak pandang rendah seseorang serendah earth core sekalipun, tapi kau tak pegang masa depan seseorang.  
seseorang yang kau pandang sebelah mata tu boleh berdiri lebih tinggi dari kau.

dan aku tangan menaip sambil tengok kawan aku tidur lena kat sebelah.
muka innocent
entah kenapa aku bayangkan dia budak form 1 yang tertidur sebab pikir pasal mak ayah dah tak duduk sama sama. sedangkan kalau aku masa tu pikir pasal nak mintak duit belanja lebih sikit esok nak beli nasik lemak lauk ayam.

Monday, 21 November 2011

bila hati adalah separate creature from otak

باسم الله الرحمان الرحيم

Harini aku takde kata kata nak analogikan rasa sayu. sadis. emosi. sepi.
nak tunjuk perasaan tanpa ayat panjang. sedih

i feel like alone.
 i feel like isolated.
i feel like a stranger to my own self.

i feel like i own nothing.

if i could paint on a canvas, i'd paint it black.
if could write any better words, i'd make it sorrowful.
if i could swim, i'd swim so deep.

this is when a heart is a separate creature.
but it's not.
i always have Allah.
so i go to Allah.
yes,i must come back to Allah.

dan selagi hati aku dan otak aku masih ada dalam badan,
aku tak buat kerja bodoh.
aku cuma menangis.
and please, izinkan aku 
untuk biar empangan air mata aku mengalir dan banjirkan kawasan sekitarnya.

Thursday, 29 September 2011

insecure

باسم الله الرحمان الرحيم

now dah dekat aras yang bukan macam dulu. Aras yang di mana semua orang is trying to fit in and draw stupid fake smile upon their faces to let us know they care but didnt. tapi takpelah kita bukan nak cakap pasal tu sebab we never know a person, really. Bila dah sampai tahap ni, untuk patah balik is never an option. Analoginya, kau dah tersuka satu baju ni, cantik sangat dan kau yakin kau nak beli tapi mahal. so kau work hard untuk kumpul duit sebab nak sangat pakai baju tu. Eventually duit yang kau kumpul hasil penat lelah dah berjaya terkumpul dan kau pun dengan gembiranya memiliki baju tu. Tapi tiba-tiba selepas dua ke tiga kali pakai baju tu, kau dah tak muat sebab badan kau naik. Tak sempat nak tayang depan orang. So untuk beli baju lain kau tak mampu atau itulah baju paling cantik pernah kau ada dan kau setia kat baju tu jadi taknak beli lain. The only option you have is to diet and discipline yoursef with healthy eating habits la kan. Dapat tak?

Baju is the path we've choosen.
Penat lelah kumpul duit is the hardwork you put initially to succeed in your choosen path.
Dapat miliki baju cantik is the upgraded version of your choosen path that you wanted all along.
Tiba tiba tak muat baju is suddenly you realize that everybody is a genius and you are just the cendawan kecil yang tumbuh selepas hujan.
Kena diet and disiplin is when you cant just abandon the path you already took. Since everyone is moving forward, it is like you are just going with the flow without really having to step forward but you are pushed by those who are trying to move forward.
So eventually you have to move jugaklah kan, kena gerakkan kaki dan jalan jugak la kan if not nanti kau kena pijak. nak ke kena pijak?

Tidak. jadi as the only option is to move on and prove them you work hard for that place too, kena disiplin. 

ok here is the simplified version of what i wanted to write(selepas bertahun lamanya tidak menulis)

to be in degree level at the age of 19 is never easy and never a burden at the same time as i've choosen this path and i am with all my heart very thankful to Allah. but to think that i am at a very comfy position is nothing but an absolute fraud.

May Allah protect us and bless us all, amin ya rabb.




Monday, 15 August 2011

banyak perkara tak disangka terjadi kepada kita

باسم الله الرحمان الرحيم

Lepas pulang dari IJN tadi untuk check up condition Ahmad, aku tiba tiba terfikir. Terfikir panjang la jugak. Ada la dalam 50 kg km. Oleh sebab bukan aku yang drive sebab aku belum dapat lesen lagi sebab JPJ aku 13 september ni, aku duduk seat belakang chill-rilex
sambil pandang langit *Allah, silau dek panahan mentari pulak* pandang pulak pokok pokok hijau *Allah, silau matahari lagi* alih alih aku pandang kasut aku je. Terus tak jadi nak buat babak pandang tingkap kereta macam filem Ada Apa Dengan Cinta ---->
ciss. Pastu aku fikir, rupanya dah 19 tahun aku hidup dalam dunia ni. Dah nak genap 20 dah tahun depan. Kalau zaman nenek datuk aku dulu mungkin ada 2 ke 3 orang anak dah. Lepastu aku teringat...

Aku tak sangka yang aku dah habis UPSR and PMR. Masa aku sekolah rendah dulu time nak tunggu result UPSR aku rasa bimbang macam ape. Rasa takut, sampai aku conteng katil aku guna permanent marker 'i really want to get 5A's in this year's UPSR'. Katil aku dua tingkat,aku katil bawah so tiap tiap kali nak tidur aku pandang contengan aku tu sampai tertidur. Lepastu PMR pulak aku tak ingat mana sebab aku tengah mengantuk sekarang. *whine* auzubillahminashshaitonirrajim


Aku tak sangka yang aku dah habis SPM. Dulu aku ingat lagi aku selalu rasa yang aku takkan sempat sampai SPM sebab entah entah kiamat dulu ke, ajal dah sampai dulu ke. Aku rasa semua pemikiran macam tu terbit sebab aku malas nak study kot sebab cuak dengan the fact that i will somehow face it oh. Dan sedar sedar je aku dah duduk pun depan meja di atas kerusi di dalam dewan SPM leapstu aku start Ya Allah aku dah tengah SPM ke ni, eh sekarang dah subjek yang last last, Lukisan Kejuruteraan. eh bila masa aku dah buat BM BI Maths subjek awal awal semua?? Hoh. Lepastu tiba tiba eh esok aku dah akan tahu berapa result aku. Lepastu eh aku dah nak tahu aku akan belajar kat mana. Sungguh tak sangka.


Aku tak sangka yang antara ribuan ratusan ribuan jutaan perempuan dalam dunia ni ada juga orang yang sudi rasa aku yang hina dina ni sedikit istimewa. Wah mulia sungguh hati 
mereka naa. Aku tak pernah sangka yang aku akan dapat parcel setiap hari dari seseorang yang nak jadi adik angkat aku, aku tak pernah sangka yang akan ada orang sanggup call aku sampai bil rumah dia naik, aku tak sangka akan ada orang yang sentiasa cuba untuk gembirakan aku buat aku ketawa, dan yang paling tak sangka sekali masa baru baru nak kenal dunia remaja ada orang yang pernah sayangkan aku dan terima aku seadanya aku.


Aku tak sangka jugak yang setiap permulaan ada pengakhiran dan setiap yang datang akan pergi. Tak semua orang akan stick with us until the end. Bila sorang demi sorang yang kita harap harap tinggalkan kita. dan yang paling tak sangka adalah pengajaran berharga yang kita dapat dari setiap perkara yang tinggalkan kita tu. Ia bukan pergi kosong je tapi tinggalkan memori yang ajar kita , this is life. dan kita jadi more matured.


Aku tak sangka yang aku akan ada ramai kawan kawan yang sentiasa di sisi aku bila aku susah bila aku senang. Dorang ni semua tak pernah tahu betapa la pentingnya mereka kat aku. Allah je tahu. Walaupun jarang contact tapi dalam hati ni selalu tergelak sendirian macam ada orang geletek sebenarnya tak, sebab terlalu senang hati bila ingat masa masa dulu dulu bila kita sama sama. Dari jauh je aku pandang korang. Tengok semua dah mendewasa dah cantik, dah hensem, dah ada boifren gelfren (dulu berebut budak sekelas alih alih sekarang dengan orang lain juga haha comel) all in all dah berubah in a good way lah. Sayang lah kat korang, sayang.


Aku tak sangka yang aku dah pun menjadi pelajar universiti, dulu sememeh je pakai tudung sekolah pun jalur jahitan tu dekat sebelah pipi kanan tak pernah straight betul dekat bawah dagu. Lepastu belajar pulak dalam bidang yang aku ingat hanya angan angan masa darjah satu dulu. Sebab cikgu selalu paksa kita semua ada cita cita masing masing jadi just serkap jarang je sebut pekerjaan apa pun. Tak sangka rupa rupanya ia jadi betul betul. ya Allah, terima kasih :)


Aku tak sangka yang aku dah pun berumur 19 tahun. Dulu masa aku tingkatan dua aku selalu berangan dan rasa yang umur 19 ni adalah yang paling comei sekali la sebab dia duk tengah tengah antara 18 dengan 20. Kira tak la remaja baru nak up sangat, tak jugak remaja lanjut umur. Mesti bila 19 nanti best je mesti bergumbira je mesti seronok je.But bila aku dah pun dalam usia 19 ni, aku tak rasa apa pun yang istimewa nya. Ape je yang best melainkan kita kena teruskan hidup walau macam mana pun dugaan Allah dekat kita. bahkan masa aku tingkatan dua dulu aku lagi patut bersyukur belum 19 tahun sebab the only thing i have to worry about was PMR. bukan yang lain -.-


Aku tak sangka yang aku dah boleh ambil lesen dan sekarang tunggu JPJ je weyh JPJ september ni! *adrenalin rush jap* okay dah stabil. Lepastu tunggu bape tahun je lagi nak boleh daftar mengundi haa dont play play haa with us youngsters. Lepastu bulan september ni juga nanti dah nak sambung belajar balik after loooooong holidays after asasi. Lepastu entah entah akan jumpa Mr Right pulak lepastu entah entah dah boleh pergi tunaikan Haji dan Umrah pulak. lepastu macam macam lagi perkara yang tak disangka dan berderet lah list ini nanti.


So aku buat konklusi bahawasanya kita ni akan ada baaanyaaaak perkara yang kita tak sangka dalam hidup kita. Bila kita rasa sesuatu yang tak baik dan susah sedang kita lalui sekarang, ingat lah in just a blink of an eye kita dah pun dimamah usia kulit dah tak anjal dah berderet cucu cicit dan kita akan ingat balik itu semua proses hidup yang mematangkan! Itupun kalau lah kita masih berpeluang bernafas atas bumi Allah ni. Nikmat Allah untuk kita hitung satu persatu takkan dapek do, banyak sangat. Mari bersyukur sekarang, sekarang!
Alhamdulillah
Alhamdulillah 
Alhamdulillah






Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
 - surah al-nahl ayat 18